Monday, April 25, 2011

GOLF

Pelajar tahun 6, Nur Aisyafika Binti Abdul Rahman telah mewakili sekolah di dalam pertandingan Golf peringkat daerah Larut Matang dan Selama. Beliau telah memperoleh tempat keempat. Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2011 bertempat di Kelab Golf Kinta, Batu Gajah, Perak. Pertandingan bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Jurulatih beliau adalah Encik Jerry,Encik Fuad dan ayah beliau sendiri iaitu Encik Abdul Rahman Bin Ali. Beliau telah mendapat tempat pertama di pertandingan peringkat daerah Larut Matang dan Selama pada 27 Januari 2011 bertempat di Taiping Golf Resort, Kamunting, Perak.


No comments:

Post a Comment