Friday, January 24, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2014/1435H

Ya Nabi Salam Alaika...
Ya Rasul Salam Alaika..
Alhamdulillah..Pada tanggal 24 Januari 2014 bersamaan 23 Rabiul Awal 1435H (Jumaat), Jawatankuasa Badan Dakwah SK (P) Treacher Methodist telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah dengan jayanya yang bertemakan " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ".

Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan Melukis Sepanduk antara kelas , berarak sambil selawat beramai - ramai, persembahan nasyid serta ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairol Ikhwan bin Mohd Yusoff.

Dengan penganjuran sambutan ini diharapkan semua warga sekolah  dapat menyemai rasa cinta dan sayang kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta meneladani sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan seharian...

Sepanduk Kelas Tahun 1

Sepanduk Kelas Tahun 2

Sepanduk Kelas Tahun 3

Sepanduk Kelas Tahun 4

Sepanduk Kelas Tahun 5

Sepanduk Kelas Tahun 6

Berarak sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Khairol Ikhwan bin Mohd Yusof


     

No comments:

Post a Comment