Saturday, February 8, 2014

PROGRAM MOTIVASI DAN KURSUS KEPIMPINAN 2014

Hari ini iaitu bersamaan 8 Februari 2014 ( Sabtu ) telah diadakan Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan bagi tahun 2014 khusus untuk barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. Motivasi ini telah disampaikan oleh En. Khairol Ikhwan bin Mohd Yusof. Antara objektif diadakan motivasi ini adalah untuk memberi satu semangat baru kepada semua murid ini agar lebih bersifat berkepemimpinan dalam menjadi sebagai seorang pemimpin serta dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.Antara intipati yang telah disampaikan oleh penceramah ialah tentang ciri - ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin iaitu amanah, jujur dan ikhlas. Semoga segala intipati dan nasihat yang telah disampaikan dapat diamalkan oleh setiap peserta dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.












No comments:

Post a Comment