Friday, April 11, 2014

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON KAMUNTING TAHUN 2014

Pada tanggal 10 April 2014 ( Khamis ) yang lalu telah diadakan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Kamunting Tahun 2014 bertempat di SK Ayer Putih. Pasukan sekolah telah menyertai semua kategori yang dipertandingkan iaitu Bicara Berirama ( tempat ke-2 ), Bercerita Tahap 1 diwakili oleh adik Asyira Ezzatul Syaneez bt Adnan ( tempat ke-2 ), Pidato diwakili oleh adik Adik Ainatul Imani bt Yusri ( tempat ke-3 ), Bercerita Tahap 2 diwakili oleh adik Nur Yasmin Fatiha ( penyertaan ) , Berbalas Pantun disertai oleh adik Intan Nurasyiqin bt Fauzi, Nabila Huda bt Zulkurnain, Shafia Hanis bt Shmasul Asmadi serta peserta simpanan iaitu Nur Farizah bt Razman Nizam dan Siti Nur Balqis bt Mohamad Kamal ( tempat pertama ). Adik Intan Nurasyiqin bt Fauzi telah dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik serta melayakkan Pasukan Pantun Sekolah bertanding ke Peringkat Daerah LMS. Tahniah kepada semua murid yang telah bersungguh - sungguh dalam setiap kategori yang telah diwakili. Syabas juga diucapkan kepada semua guru yang selama ini telah mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan semua murid ini berjaya sampai ke tahap ini. Tahniah dan syabas diucapkan! Semoga prestasi murid dapat dipertingkatkan pada tahun - tahun akan datang.









No comments:

Post a Comment