Monday, May 5, 2014

PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI PERINGKAT DAERAH 2014

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Daerah telah diadakan pada 3 Mei 2014 yang lalu bertempat di SK Kampung Jambu, Taiping. Alhamdulillah, Pasukan Kompang Sekolah telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di mana telah merangkul tempat ketiga dari keseluruhan 4 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru pembimbing yang telah bertungkus lumus menjalankan latihan yang berterusan serta ribuan ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa murid yang terlibat dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada murid-murid untuk mewakili sekolah. Semoga prestasi Pasukan Kompang Sekolah lebih bertambah baik pada masa akan datang. Tahniah dan Syabas diucapkan!

No comments:

Post a Comment