Sunday, June 29, 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 56 BAGI TAHUN 2014

Alhamdulillah, Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-56 bagi Tahun 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 28 Jun 2014 ( Sabtu ) bertempat di Padang Sekolah SK (P) Treacher Methodist, Taiping. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin bin Hj. Zakaria, PPT, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau merangkap ADUN Batu Kurau. Rumah Sukan Zamrud (Hijau) telah dinobatkan sebagai juara diikuti dengan Rumah Nilam (Biru) di tempat kedua , Rumah Delima (Merah) di tempat ketiga dan Rumah Baiduri (Kuning) di tempat ke-4. Rumah Zamrud juga telah mengungguli kejohanan balapan dan padang pada tahun ini apabila telah dinobatkan sebagai Perbarisan Terbaik. Tahniah diucapkan! Tahniah juga kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, guru - guru yang telah berganding bahu dalam menjayakan kejohanan ini, dan tidak dilupakan juga kepada semua AJK PIBG dan semua tetamu yang telah hadir bagi memeriahkan kejohanan ini. Terima Kasih diucapkan. Semoga bertemu lagi pada Kejohanan Balapan dan Padang akan datang.















































































No comments:

Post a Comment