Wednesday, July 16, 2014

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SERTA BERBUKA PUASA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014/1435H

Pada 10 Julai 2014 bersamaan 12 Ramadhan ( Khamis ) yang lalu, Jawatankuasa Badan Dakwah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil serta Berbuka Puasa Peringkat Sekolah Tahun 2014/1435H. Semua murid Tahun 6 yang beragama Islam serta ibu bapa dijemput hadir. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ustaz Azmi bin Abdul Ghani, ustaz jemputan dari
SK Pengkalan Aur yang telah mengetuai Bacaan Yassin dan Tahlil serta telah menyampaikan tazkirah sebagai pengisian rohani. Jawatankuasa Penganjur juga berbesar hati akan kehadiran AJK PIBG yang turut hadir. Semoga majlis ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.








































No comments:

Post a Comment