TINTA GURU BESAR





Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai tirai pembuka bicara, izinkan saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia serta keizinanNya maka  saya berpeluang menulis kalam tinta melalui blog rasmi sekolah ini. Tujuan blog ini diadakan adalah sebagai rujukan dan menjadi panduan kepada semua warga sekolah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan selain menjadi penghubung antara sekolah dan pihak luar.

Adalah menjadi tanggungjawab semua agar memahami matlamat dan tujuan pendidikan di sekolah. Harapan yang tinggi diletakkan kepada semua warga sekolah dan kakitangan agar dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam melaksanakan visi dan misi serta hala tuju sekolah . Disamping  dapat memberikan sumbangan yang terbaik untuk kecemerlangan sekolah  ini dalam pelbagai aspek..

Fokus saya  adalah memberi penumpuan kepada peningkatan akademik murid-murid seiring dengan peningkatan sahsiah dan kerohanian. Murid-murid perlu diberi peluang dan ruang yang seluas mungkin untuk persediaan mereka pada masa hadapan. Perancangan pembangunan murid akan dilaksanakan berteraskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).  Beberapa inovasi baru akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan ini akan menuntut semua guru dan kakitangan berusaha dengan lebih berdedikasi lagi.

Marilah kita berkerjasama, berganding bahu, mengembeleng tenaga, langkah sederap dan mara sepakat untuk membangunkan sekolah SK (P) Treacher Methodist  dan mencipta beberapa kejayaan pada tahun ini dan pada masa akan datang. Atas kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa ICT Sekolah atas usaha dan kerjasama yang diberikan dalam menyediakan laman rasmi ini. Mudah-mudahan kerjasama yang diberikan dapat mengeratkan silaturrahim antara kita.

Blog rasmi SK (P) Treacher Methodist  ini juga melambangkan  daya usaha dan kesediaan sekolah ini untuk mengisi visi, misi dan objektif sekolah dalam menghadapi alaf baru dan abad ke – 21 yang serba moden dan canggih. Diharapkan agar blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelawat dan masyarakat untuk mengetahui dan mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi.

Kepada semua pengunjung laman  blog ini serangkap pantun buat kalian;

Sungguhlah indah Bunga angsana
Dipetik jejaka buat si dara
Laman blog  SKPTM  telah di buka
Moga bermanfaat kepada semua

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment